Isnin, 5 April 2010

Rindu-rinduan

Aku suka pantun ni .


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai hamba sementara nampak
Esok jangan rindu-rinduan .



Lihat dan berbicaralah selagi ada peluang .
Pengalaman banyak memberi pengajaran .
Satu ketika bersama .
Satu ketika lagi sudah berpisah .

Begitulah adat dunia .


Buah selasih di makan kuda
Jatuh daun di dalam raga
Bercerai kasih talak tiada
Sejuta tahun merindu juga .

Hu hu hu .... susahnya di fikir secara rasional ....





4 ulasan:

  1. Dalam raga buah kuini
    Di bawa orang perhi ke aceh
    Usah di rindu kasih yang pergi
    Kelak hati bertambah sedih

    Buah kuini di dalam raga
    Baunya harum menusuk rongga
    Berpisah jauh bertalak tiada ..
    Dalam ingatan teringat juga ..

    BalasPadam
  2. Best !!!!!
    Pandai Jijahh berpantun ....

    BalasPadam
  3. Terasa nak baca pantun hayati ...

    Hayati boleh la .......

    BalasPadam