Sabtu, 26 Disember 2009

Bidadari hati

Kini aku mula mencintai mu
Begitu kuat cinta itu
Betapak di hati

Begitu cepat cinta itu bergerak di seluruh jiwa raga
Bersama darah merah yang mengalir
Bersama denyut nadi
Aku bernafas dalam nafas cinta pada mu .

Cinta paling murni dalam kamus sejarah percintaan insan di dunia ini
Lahir cinta di hati tanpa mengenali wajah yang nyata
Bukan kemewahan harta yang di ketahui
Tidak atas desakan nafsu
Kerana tidak pernah aku menyentuh jari mu
Mana pernah hidung ku menghidu wangian badan mu .

Cinta itu dari hati , kerana perkenalan antara hati .

Ku biarkan kini dia di hati
Mungkin kau sudah di miliki .

Andai hati mu sudah di punyai
Atau hati mu sudah mempunyai
Jika ini memang terjadi
Biar cinta ini kekal di hati
Ku bawa hingga ke mati .

Andai kau masih tidak di miliki
Akan ku kumpulkan segala kekutan hati dan diri
Dan satu hari yang tak lama lagi
Aku akan berani
Berani menyampaikan cinta hati ku pada mu secara nyata dan tulus .

Andai belum sempat aku menyatakan pada mu
Tiba tiba talian perkenalan ini putus
Dan kau hilang tanpa dapat di cari
Tulisan ini merupakan penyataan hati
Dan ia menjadi kenangan paling indah dalam hidup ku .

Semoga hati mu juga dapat merasai
Andai kau terbaca tulisan ku ini
Kau lah bidadari hati yang ku cari
Dan kini ku temui ...


Insan Biasa . Kuala Lumpur . 26 Disember 2009 .





8 ulasan:

  1. Sweetnya bro..moga bro kuat hdpinya..brtuah betul si dia itu:-)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...tahniah wt insanbiasa...sbb cinta yg lahir pd sidia yg bertuah tu bkn ats dasar harta n nafsu...
    tiba2 lak berdebar2 n xsabar nk tahu sape yg bertuah tu eh...
    moga berjaya menyampaikn hasrat hati...

    BalasPadam
  3. secret admired ke he he --> salam kenal

    BalasPadam
  4. kerana cinta itu suci
    tulus lahir dari hati
    usah ia dinodai
    apa lagi didustai
    jangan sekali mencemari
    racun nafsu duniawi
    biarlah ia kekal suci
    anugerah tak ternilai dari Ilahi

    -puteri-
    (26-12-2009)

    **
    u have such nice poet
    glad 2 b ur frnd.

    BalasPadam
  5. salam ....

    Terima kasih semua .

    Rahsia kot ! sabar ye....

    BalasPadam