Ahad, 27 Disember 2009

Keliru debaran cinta

Di sana ketawa gembira
Bercinta jujur setia .

Di situ menangis derita
Bercinta palsu hampa .

Di sini keliru untuk bermula
Di hati sudah bertapak cinta
Sentiasa merindui dia
Debaran hati kian terasa
Di desak cinta terus membara .

Berani dan malu bertukar rasa
Kaku tangan ku menghantar bicara
Patut kah aku begini saja, mencintai tanpa cintanya .

Andai hanya berdiam saja
Mungkinkah menyesal sepanjang usia .


Insanbiasa . Kuala Lumpur . 27 Disember 2009 .

4 ulasan:

  1. klu xcube mungkin akn nyesal...<--pandai ckp jer...hehe

    biasa la ad perasaan bertukar2 cmtu...

    klu da wt solt istikharah n klu petunjukny baik, teruskn ler...

    redha jer ap pn hasilny...sbb sumer yg berlaku ats kehendak Allah jua...

    BalasPadam
  2. emmm insanbiasa anda memg seorg yg misteri...

    BalasPadam
  3. Salam ......

    Hayati

    Anda teman yg sentiasa bersama , Jutaan terima kasih dari saya .

    BalasPadam
  4. jika bnar rasa yg ditggung
    tidk trtahan rndu yg mggunung
    tmuilah org tuanya
    bicarakn pada mereka
    ktulusn htimu
    keikhlasan niatmu
    bukan pada dia
    kerana dia mlik dua mereka

    **
    baik dipermulaan,
    baiklah dipengakhiran..

    BalasPadam