Ahad, 27 Disember 2009

Angan cinta

Setulus hati mencintai mu
Jadi lah cinta satu hala
Hati ini mencintai tapi tiada di cintai
Mungkin kau tidak tahu isi hati ku
Lalu hati mu diam kelu membeku .

Indahnya alam ini
Bila apa yang ada di hati
Hati mu dapat memahami
Dan hati berbicara dengan hati .

Indah lagi jika sudi membalas cinta yang semurni ini
Lalu aku memiliki seorang kekasih
Dan kita insan bercinta
Bermula dan selamanya .

Jauhnya angan berlari mengejar dunia
Satu ketika dengan penuh kerelaan
Kita akan bersama di pantai yang indah
Melihat gelombang dan buih ombak
Dan saujana mata memandang , lautan kebiruan
Nanti kita bersama akan belayar
Kalau malam dalam kegelapan , berteman suluhan bulan bintang
Di hari siang berpeluh dalam kepanasan
Terang di pancar sinar suria .

Bila sudah mula belayar
Kita tak lupa daratan yang kita tinggalkan
Bersama menadah tagan memohon kesejahteraa , menolak kecelakaan
Kita tak lupa wangian tangan ibu dan ayah insan insan berjasa
Tangan mu dan tangan ku berpegang erat
Hati kita berpeluk rapat
Menjadi satu tanpa garis tanda bercantum
Lalu pahit di bibir comel mu , terasa pahit juga di lidah kasar ku
Sakit pening diri mu biarlah aku yang merasainya .

Segalanya kita
Mana lagi ada kau dan aku
Bilakah masa itu
Kerana aku masih bersendirian dengan hati ku .
Maukah kau mencintai ku , wahai sayang ku .



Insanbiasa . Kuala Lumpur . 2009 .




3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. insanbiasa..sy smpi termimpi2 ap yg awk post utk ari ni tp ap yg ad dlm mimpi sy tu slh...hehe

    la..cmne nk wt ek?? sy phm, memg sushkn nk nyatakn hasrat hati pd seseorg...malu..tkot..nk2 lg sape la kta di mata dia...huhuhu
    tp hakikatny xsemudah tu org nk memahami hati kta atau kekadang org tu wt2 xphm jer...tu lg sedih...

    kalu sidia bace isi hati awk kt sini sy rasa mesti dia terharu sgt2...disbbkn indahny lafaz yg awk smpikn ni...hehe.
    moga awk akn mengotaknny satu ari nnt...amin...

    BalasPadam